Monday, September 8, 2008

PROGRAM RAMADHAN...AIR MINERAL DAN KURMA BUAT BERBUKA.....

Ruhani yang hidup adalah yang senantiasa dekat dengan Allah dan mampu menghidupkan jiwa insan yang lain.

9 Sept

Alhamdulillah sebenarnya dah beberapa hari sejak bulan puasa team pembahagi paket berbuka puasa di beberapa tempat telah berjalan lancar. Haslan adalah ketua pembungkus dan pembahagi (KPP) yang setia. Nak join ayuh..kita bersama buat pahala dengan beliau. Anak muda Raged tapi ok..lepas tu kita beramai-ramai berbuka puasa di masjid pula...!!! Lagi raged...bersama rakyat seadanya,,,bro...

Ini adalah sebahagian dari emel Haslan....melalui Hj Yahya...

KETIBAAN PAJERO KEADILAN BERGAMBAR DATO SRI ANWAR IBRAHIM
DILOKASI YANG "HIRUK PIKUK" SEOLAH OLAH ADA DEMONTRASI AKAN MELANDA
DALAM 2@3 JAM LAGI........ .......
MAKA KEHADIRAN UNIT POLIS,UNIT BERKUDA,UNIT ANJING,UNIT DBKL DAN
BERSEPAH SB-SB SEOLAH OLAH SENGAJA UNTUK MENAHAN KAMI........

DENGAN SEMANGAT "MUKA TAK MALU" KAMI MENCARI PARKING YANG AMAT STRATEGIK.
BERSAMA KENDERAAN PAJERO YANG TERTERA "PUSAT KHIDMAT KEROHANIAN".

TERCENGANG.. ........
BUKA PINTU BELAKANG...
PIHAK BERKUASA BERSEDIA UNTUK MENGEMPUR KAMI. HANYA MENANTI ARAHAN SAHAJA.

AKHIRNYA BERKOTAK KOTAK KURMA DAN BERBAKUL BAKUL KURMA BERSAMA
MINERAL WATER DIKELUARKAN.

BEREBUT ORANG YANG LALU LALANG MENGAMBIL BARANG "PERCUMA".
BAGUS PKR BUAT MACAM NI !!
CAYALAH PKR !!!
KALAU BOLEH BUAT LAH TIAP TIAP HARI !!.
BANG ADA CERAMAH KE KAT SINI.. ???

SEMUA ITU KAMI TELAN DENGAN HATI YANG PUAS..

DARI
HASLAN HASSIN
MELAPORKAN DARI MASJID JAMEK
016 3576010

Sunday, September 7, 2008

BEBERAPA PERUBAHAN PROGRAM RAMADHAN..

Ruhani yang hidup adalah yang senantiasa dekat dengan Allah dan mampu menghidupkan jiwa insan yang lain.


TAZKIRAH US.
DR. BADRULAMIN.

September 2008.

1) PJS – Kontek Marzuki 012-6872867.
2) Setapak – Quarters Guru – Kontek 016-2439819.
3) Rawang – Sg. Buaya – Surau Ikhwan – Kontek 019-3350466
4) Keramat – Surau al-Kauthar – Kontek 012-2547941
5) Desa Subang – Kontek 016-2510493
6) Selayang – Masjid al-Firdaus – Kontek 012-2955139
7) Pinggiran Bt. Caves – Surau al-Kahfi – Kontek 013-3916568
8) Seri Kembangan. Taman Impian Ehsan –
Kontek 019-2244315.
9) Kelang – Taman Setia – Kontek 019-6006084
10) Kelang – Teluk Menegun – Kontek 013-3321930 (buka puasa & Kuliah
Maghrib)
11) S. Alam – Sri Muda – Kontek
019-3128324
12) Kedah –Pokok Sena, Msjd Pak Kiaw - Kontek Asri 014-2289757 (Hingga
Qiamullail)
13) Penang – Masjid Batu – Kontek
019-4060129 (mula buka puasa hingga Qiamullail)
14) Subang – Masjid Subang Airport – Kontek 019-3854842
15) Kepong – Masjid Taman Ehsan – Kontek
Din 013-2738090
16) Cheras – Masjid Kg. Cheras – Kontek 019-2862870
17) Sg Buluh – Masjid Besar Sg Buluh – Kontek 019-6451697
18) Kuala Trengganu – Batu Buruk – YB Syed Azman 019-3865649
19) Sepang – Masjid KLIA – Kontek 019-3362555
20) Selayang – Taman Desa Bakti – Kontek 019-3976048 (Isyak hingga
Qiamullail)
21) Serdang – Masjig Mardi UPM – Kontek 019-2804785
22) Hulu Selangor – Masjid Rasa – Kontek 019-2146363
23) Kuantan – Masjid al-Fatah – Kontek 019-9511131.
24) Cheras – Surau Mustaqimah (blkg HUKM) – Kontek 013-3639123
25) Kelantan – KB – ABIM – Kontek Us. Zainuddin 012-9882553 (mula buka
puasa)
26) Kajang – Surau Gemilang Saujana Impian – Kontek 019-3303509
27) Ipoh – Dataran Bandaraya Ipoh – Kontek Us. Zul
017-5554828 (mula berbuka)

28) Sabak Bernam – Tapak Keadilan – (mula buka puasa)

- (Pengisian - Isyak, Tarawih 8 rakaat, Witir 3
rakaat, Tazkirah 30 minit)


QIAMULLAIL (Solat Tasbih mula 3.30am – 5am, Sahur,
Subuh & Tazkirah Subuh):

1) 13 Sept - Sabtu - Kedah –Pokok Sena, Msjd Pak Kiaw - Kontek Asri
014-2289757
2) 14 Sept - Ahad - Penang – Masjid Batu
– Kontek 019-4060129
3) 17 Sept – Rabu - Shah Alam – Halim 017-2277099
4) 20 Sept - Sabtu - Kepong – Masjid Taman Ehsan – Kontek Din 013-2738090
5) 21 Sept -Ahad - Selayang – Taman Desa
Bakti – Kontek 019-3976048
6) 26 Sept - Jumaat - Kelantan – KB – ABIM – Kontek Us. Zainuddin
7) 27 Sept - Sabtu - Bangi – Surau An-Nur – Hj Ghazali 012-6770060
8) 28 Sept - Ahad - Ipoh – Dataran Bandaraya Ipoh - Us. Zul 017-5554828



__._,_.___

Monday, September 1, 2008

HIKMAH DAN HIKMAH DARI SEGALA KEJADIAN...

Sejak dari hari pertama hp tak berhenti dengan ucapan menyambut Ramadhan...ahlan..ahlan ya Ramadhan. Terbenam hati hanyut dalam doa dan ucapan mulia dari sdr-sdr kita yang semakin hari semakin merasakan kehadiran Ramadhan, Dulu semasa kecil Ramadhan disambut dengan panjut, mercun dan bermacam cara di masjid. Dulu tidak ada sms dan tidak ada emel maka ketika itu..masjidlah menjadi tempat tumpuan..

alhamdulillah Allah izinkan sekali lagi kita bertemu Ramadhan..alhamdulillah.

Sdr yang terhormat,

Marilah kita bertekad dengan sepenuh jiwa raga mengisi Ramadhan kali ini sehingga kita dapat merasakan makna taqwa dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara kita. Masa seindah ini akan tetap berlalu dan tidak akan datang lagi maka ayuh kita isi bersama persaatnya dengan program membina jiwa, fikiran dan diri kita. Taqwa adalah natijah dari sebuah proses kesungguhan, konsistensi dan komitmen kita semua kepada Islam. Tidak ada jalan lain untuk mencapai taqwa melainkan melalui Islam dan iman.
Ayuh sdr!!

Kita bersihkan diri dari syirik, sifat munafik, sifat yang dibenci Allah. Kita gantikan dengan sifat-sifat mulia yang dicintai Allah. Memang berat sdrku tapi..inilah sahaja jalannya. Jika kita masih bersama kekejian maka kita tidak akan ke mana-mana dan kekal dipusaran itu sampai bila-bila. Ramadhan tetap akan pergi dan kita masih di situ. Sdr kita sudah jauh tapi kita masih di situ.

Kita sambungkan semula tali silaturrahim yang kita sengaja putuskan selama ini terutama dengan ibu bapa, kaum keluarga dan sanak saudara kita. Lupakanlah sengketa lama dan perbaharuilah silaturrahim sehingga menjadi ikatan yang amat kuat sehingga tidak tidak terputus lagi.

Ucapkan selamat tinggal kepada kemaksiatan yang lalu dan pandanglah kebahgiaan dengan rahmat Allah yang amat luas terbentang..!!

Sdr mu,
Mustapa Mansor
Jika ada yang mahu memberi sumbangan artikel sila komen langsung atau emelkan ke ruhanisukses@gmail.com

Perhatian semua amat dihargai!!!