Monday, September 1, 2008

HIKMAH DAN HIKMAH DARI SEGALA KEJADIAN...

Sejak dari hari pertama hp tak berhenti dengan ucapan menyambut Ramadhan...ahlan..ahlan ya Ramadhan. Terbenam hati hanyut dalam doa dan ucapan mulia dari sdr-sdr kita yang semakin hari semakin merasakan kehadiran Ramadhan, Dulu semasa kecil Ramadhan disambut dengan panjut, mercun dan bermacam cara di masjid. Dulu tidak ada sms dan tidak ada emel maka ketika itu..masjidlah menjadi tempat tumpuan..

alhamdulillah Allah izinkan sekali lagi kita bertemu Ramadhan..alhamdulillah.

Sdr yang terhormat,

Marilah kita bertekad dengan sepenuh jiwa raga mengisi Ramadhan kali ini sehingga kita dapat merasakan makna taqwa dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara kita. Masa seindah ini akan tetap berlalu dan tidak akan datang lagi maka ayuh kita isi bersama persaatnya dengan program membina jiwa, fikiran dan diri kita. Taqwa adalah natijah dari sebuah proses kesungguhan, konsistensi dan komitmen kita semua kepada Islam. Tidak ada jalan lain untuk mencapai taqwa melainkan melalui Islam dan iman.
Ayuh sdr!!

Kita bersihkan diri dari syirik, sifat munafik, sifat yang dibenci Allah. Kita gantikan dengan sifat-sifat mulia yang dicintai Allah. Memang berat sdrku tapi..inilah sahaja jalannya. Jika kita masih bersama kekejian maka kita tidak akan ke mana-mana dan kekal dipusaran itu sampai bila-bila. Ramadhan tetap akan pergi dan kita masih di situ. Sdr kita sudah jauh tapi kita masih di situ.

Kita sambungkan semula tali silaturrahim yang kita sengaja putuskan selama ini terutama dengan ibu bapa, kaum keluarga dan sanak saudara kita. Lupakanlah sengketa lama dan perbaharuilah silaturrahim sehingga menjadi ikatan yang amat kuat sehingga tidak tidak terputus lagi.

Ucapkan selamat tinggal kepada kemaksiatan yang lalu dan pandanglah kebahgiaan dengan rahmat Allah yang amat luas terbentang..!!

Sdr mu,
Mustapa Mansor
Jika ada yang mahu memberi sumbangan artikel sila komen langsung atau emelkan ke ruhanisukses@gmail.com

Perhatian semua amat dihargai!!!

No comments: